Wednesday 30 March 2011

UMNO , Dasar Kerajaan dan Islam.

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran

Diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1985

Latarbelakang 

Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing.
Penglibatan Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini bermula sebelum merdeka lagi. Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem undang-undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid, pungutan dan pengurusan zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program ini telah dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang telah mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam.

Sementara langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah bangun semula, didorong oleh satu kesedaran baru tentang kemurnian Islam dan peranan yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara dan peribadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia. Dalam keadaan ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil, antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usaha-usaha ini, satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985.
 
Rasional

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah:
"Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh."

Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa bertanggungjawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai.

Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai diserahkan kepada individu-individu dan komuniti-komuniti yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia akan  berakhir  dengan kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat. Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada  kehendak  dan pengajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi. Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang diasaskan kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa langkah untuk memilih nilai Islam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya pula mereka yang tidak memahami tentang kedudukan Negara Malaysia dari segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya akan terus mempertikaikan perkara ini. Walaubagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu  boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan,  penyelewengan  dan sebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan  pembangunan negara.

Al-Quran juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara.

Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.

Objektif

Objektif dasar ini adalah seperti berikut:
(i)  Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti 
      kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;
(ii)  Menubuhkan sebuah 'negara bahagia';
(iii) Menghapuskan  sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang 
       dipertanggungjawabkan; dan
(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.

Nilai-nilai Islam
Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:
 Amanah;
 Tanggungjawab;
 Ikhlas;
 Dedikasi;
 Sederhana;
 Tekun;
 Bersih;
 Berdisiplin;
 Bekerjasama;
 Berbudi Mulia; dan
 Bersyukur.

Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara.
Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.

Amanah 
(i)  Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;
(ii)  Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi  menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;
(iii)  Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi
kepentingan tugas;
(iv)  Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi
masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan
(v)  Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.

Tanggungjawab
(i)  Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di
samping pekerjaan dan majikan;
(ii)  Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan
buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur;
(iii)  Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja
diperlukan;
(iv)  Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/
instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan
(v)  Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

Ikhlas
(i)  Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan
  balasan dari manusia;
(ii)  Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang
  halal serta mencari keredhaannya; dan
(iii)  Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan
  tugas sebagai asas pengisian amanah.

Dedikasi

(i)  Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah
peraturan-peraturan yang ada;
(ii)  Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada 
kebaikan;
(iii)  Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas;
(iv)  Sedia memulakan pembaikan; dan
(v)  Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian.

Sederhana
(i)  Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas;
(ii)  Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta
fakta yang terdapat dalam alam sekitar;
(iii)  Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk 
membaiki cara bekerja;
(iv)  Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-
pihak yang berharap kepadanya; dan
(v)  Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja  sehingga mencapai 
tahap cemerlang.

Tekun
(i)  Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam
tugas dan kehidupan;
(ii)  Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi;
(iii)  Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk
membaiki cara bekerja;
(iv)  Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-
pihak yang berharap kepadanya; dan
(v)  Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai
tahap cemerlang.

Bersih

(i)  Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian;
(ii)  Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar
sebagai satu cara hidup;
(iii)  Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;
(iv)  Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat
keputusan;
(v)  Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan
(vi)  Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan
pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin
(i)   Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama;
(ii)  Menilai tinggi masa dan janji;
(iii) Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan
(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

Bekerjasama
(i)  Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja;
(ii)  Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi
sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama;
(iii)  Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja
daripada kepentingan peribadi;
(iv)  Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan
bersama; dan
(v)  Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi:
Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

Berbudi Mulia

(i)  Bermanis muka sepanjang masa;
(ii)  Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;
(iii)  Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan
(iv)  Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong 
pelanggan/pelawat.

Bersyukur
(i)  Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin
kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat;
(ii)  Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga
menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;
(iii)  Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan
dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian);
(iv)  Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
(v)  Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;
(vi)  Berkhidmat sebagai ibadah; dan
(vii)  Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang
banyak kepada masyarkat, negara dan agama.


Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undang-

Friday 25 March 2011

Antara Nik Aziz dan Tun Mahathir - Bezanya seperti Langit dan Bumi !

Tuesday, January 5, 2010

Kontroversi kegunaan kalimah ‘Allah’ — Dr Mahathir Mohamad


JAN 5 2010— Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah “Allah” untuk agama yang bukan Islam.

Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan “kaum pendatang” kepada mahkamah, tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah “Allah” juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan.

Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

Sebenarnya kalimah “Allah” tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah.

Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah “Yahweh”, yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai “Jehovah”.

Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada “Allah” supaya mudah difaham oleh pendengar.

Mungkin juga kalimah “Allah” dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan “Tuhan” digunakan untuk God.

Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep “Trinity” yang mana terdapat “God the Father, God the Son and the Holy Ghost”. Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan “Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci”, maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam.

Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, “God is dead”. Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn “Allah is dead”?

Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah “Allah” apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua’lam. — chedet.co.cc

Antara Nik Aziz, orang-orang India dan Pariah

Perkataan "pariah" telahpun dikeluarkan daripada buku "Interlok" atas desakan orang-orang India daripada DAP khususnya. Mereka begitu tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan ini kerana takut semua orang-orang India akan dipanggil dengan gelaran tersebut. Begitulah kuat sentimen orang-orang India Hindu khususnya terhadap perkataan "pariah" tersebut kerana penulisnya adalah orang Melayu. Orang-orang Melayu tidak dibenarkan menggunakan istilah-istilah dalam bahasa Tamil kerana takut di salahgunakan.

Kemudian kita tengok pulak, pegangan Nik Aziz , Tok Guru kita dalam isu Allah. Disebabkan meraih sokongan politik, maka beliau telah menjadi begitu tidak berprinsip langsung sehinggakan tidak mempertahankan penggunaan perkataan  Allah.

Tujuan perkataan Allah ini digunakan bukanlah atas satu alasan yang kukuh. Ianya lebih kepada berkeras kepada kehendak menuntuk hak sebagai Kristian di Malaysia maka mereka ingin menggunakan perkataan tersebut.

Ada sebuah edisi Bible yang di panggil Scofield Bible dimana pada nota kaki pada Surah yang pertama dalam Bible - Perjanjian Lama , Surah yang bernama Kejadian (Genesis)...perkataan Elohim (Tuhan) pada nota kaki ditulis sebagai Alah...Apabila Sheikh Ahmed Deedat mendedahkan hal ini maka edisi yang berikutnya - Scofield Bible, perkataan Elah telah dibuang. Jadi sebenarnya Kristian tidak mahu menggunakan perkataan Allah kerana mereka takut konsep keTuhanan - Trinity tidak diterima pakai jika mereka menggunakan Allah. Tapi di Malaysia, orang-orang Kristian mahu pula menggunakan Allah tetapi bukan bagi tujuan penerangan kerana Allah adalah perkataan Arab. Jika mahu digunakan untuk orang-orang di Sabah dan Sarawak maka Tuhan adalah lebih baik digunakan daripada Allah.

Malangnya, cuma KDN sahajalah yang berusaha mempertahankan martabat Islam dengan tidak membenarkan penggunaan perkataan Allah.  Menteri Dalam Negeri - Dato Seri Hishammudin  Hussein Onn yang juga mewakili UMNO  berusaha memartabatkan perkataan Allah bagi orang-orang Islam di Malaysia dengan membawa kes ini ke mahkamah. Sebaliknya orang-orang PAS menuduh orang-orang UMNO kafir. Namun di dalam kes ini , mahkamah memutuskan KDN tidak mempunyai hak melarang majalah Herald dalam penggunaan Allah.

Apa kata Nik Aziz ?

 
"KOTA BARU, Jan 6 2010— Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan polemik membabitkan penyokong parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak Khamis lalu berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" bagaikan adanya muslihat di sebalik tindakan mereka.

Sehubungan itu kata beliau, kekeliruan yang wujud berhubung isu tersebut sebenarnya berpunca daripada fahaman "politik suku agama suku."

“Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda ni?

“Ambo (saya) rasa isu ini bukan sahaja setakat ada udang di sebalik batu, bahkan bekali (mungkin) ada buaya,” kata beliau sewaktu menyampaikan ceramah umumnya di Medan Ilmu malam tadi.

Kini tercetus kontroversi penggunaan kalimah "Allah" ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaannya dalam penerbitan akhbar mingguan Herald.

Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku.

“Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah?

"Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain.

“Orang yang perbesar-besarkan isu ini adalah orang yang duk katakan agama suku politik suku lah.

"Siapa ajar ilmu semacam ini? Dia ajar orang lain tak boleh guna kalimah ‘Allah’ tapi dalam masa sama dia sebut agama suku politik suku. Tak faham pengertian kalimah Allah agaknya,” ujarnya.

Ahad lalu Nik Aziz membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan."

-------------------------------
Rumusan

Pegangan orang-orang India berkenaan perkataan pariah adalah lebih jelas berbanding dengan pegangan Nik Aziz tentang Allah. Inilah Islam yang diperjuangkan oleh orang-orang PAS yang boleh berkerjasama dengan DAP walaupun terang-terang DAP menolak Islam ala PAS.

Sekarang Nik Aziz yang tidak berpendirian membenarkan Allah digunakan pula oleh penganut agama lain. Tidak hairanlah kerana disebabkan terlampau taksub dengan ideologi politik PAS, Nik Aziz pernah berkata Allah Samseng.....

Insya Allah...Sokonglah PAS dan PASTI anda akan masuk syurga.

Istilah 'keling' dibenarkan dalam Kamus Dewan

Istilah 'keling' dibenarkan dalam Kamus Dewan - Mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bahawa penggunaan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ianya adalah untuk tujuan pembelajaran.

Hakim Lau Bee Lan, yang memutuskan demikian dalam kamar, kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman.

Pada 29 Disember, 2006, Nik Tsfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah 'keling' yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini.

Menurut peguam DBP Md Radzi Mustafa, hakim Lau dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah 'keling' dalam kamus itu bukan 'mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.

Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.

Ditanya sama ada istilah 'keling' masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md Radzi ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.

Pada 22 Disember 2005, Pengerusi APIM Ramli @ Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan lima yang lain berhubung istilah tersebut.

Dalam saman pemula itu, Ramli menamakan DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Antara lain, Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari kamus tersebut.

Pada 28 Februari, 2005, DBP mengemukakan permohonan bagi membatalkan saman itu atas alasan istilah itu dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bukan bertujuan jahat, menimbulkan kacau-bilau, menganggu keamanan, merangsang rasa benci, permusuhan, dendam, tidak harmoni atau perpecahan seperti yang didakwa oleh APIM.

Dalam afidavit sokongan bagi membatalkan saman itu, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad mendakwa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undangundang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.

APIM diwakili oleh peguam Priyadarshini Nair. BERNAMA
 

Wednesday 23 March 2011

Sejarah Penubuhan Barisan Nasional



Selepas peristiwa hitam pada tahun 1969 yang telah menyebabkan kebangkitan orang-orang Melayu yang marah dengan sikap orang-orang Cina di Malaysia yang mengandaikan bahwa Malaysia ini bukan hak orang-orang Melayu, maka kerajaan sementara yang ditubuhkan dibawah pimpinan Tun Abdul Razak (National Operations Council) ditugaskan oleh menstabilkan kembali keadaan huru-hara di Malaysia disebabkan oleh rusuhan perkauman. Rusuhan ini disebabkan oleh keputusan pilihanraya 1969 yang mana walaupun Perikatan menang tetapi jumlah kerusi yang dimenangi adalah jauh lebih kurang daripada jumlah kerusi pilihanraya sebelum itu.  Peringkat negeri, Pulau-Pinang telah ditawan oleh Parti Gerakan manakala di Perak, PPP telah mendapat jumlah kerusi yang lebih. DI Selangor , DAP dan Gerakan telah berjaya menewaskan calon-calon MCA. Parti Perikatan tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Selangor. Kerusi Parlimen pula, hanya dimenangi sebanyak 74 kerusi daripada 140. Majoriti yang berkurangan menyebabkan kerajaan Pusat menjadi sebuah kerajaan yang tidak mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Antara sebab-sebab berlakunya rusuhan kaum ini adalah antara lain, orang-orang Cina meminta supaya mereka dibayar ganti rugi (wang darah) disebabkan mereka telah mengalami kerugian nyawa dan harta benda besar semasa Jepun menduduki Malaya. Orang-orang Cina juga telah mempersoalkan penggunaan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah dan mereka mendesak agar sebuah universiti Cina ditubuhkan untuk mereka. Permintaan luarbiasa ini memanglah tidak dilayan oleh kerajaan semasa dan ini menyebabkan orang-orang Cina mula menjauhi kerajaan Perikatan. Pada pilihanraya tahun 1969, Suruhanjaya Pilihanraya telah membenarkan tempoh kempen yang agak lama , selama lebih 6 minggu yang mana parti-parti pembangkang dan parti Perikatan, telah memainkan pelbagai isu perkauman yang mana telah menyemarakkan api kemarahan dari kalangan orang-orang Melayu dan Cina khususnya.

Kemuncak pada kemarahan ini maka apabila keputusan dikeluarkan, Perikatan menang dengan majoriti yang kurang. DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan di sekitar Kuala Lumpur dan apabila perarakan tersebut sampai sahaja di Kg Baru, maka orang-orang Cina telah menghina orang-orang Melayu dengan berkata “Melayu, balik kampong”, maka tercetuslah pergaduhan besar, rusuhan kaum yang terburuk pernah berlaku di Malaysia. Walaupun parti Perikatan menang, perarakan DAP dan Gerakan melambangkan seolah-olah bahwa orang-orang Melayu telah hilang kawalan keatas negara mereka dan slogan-slogan penghinaan telah menaikkan semangat orang Melayu maka tercetuslah perasaan bahwa pendatang-pendatang asing ini setelah diterima hidup bersama pribumi di Malaysia, telah mengejek masyarakat Melayu dan orang-orang Melayu terasa benar bahwa masyarakat Cina telah berpaling tadah dengan cubaan menjatuhkan parti Perikatan.

Kerajaan mengistiharkan darurat dan kerajaan sementara NOC ditubuhkan. Selama lebih dua tahun NOC telah memerintah Malaysia dibawah pimpinan Tun Abdul Razak. NOC telah mengenal pasti antara punca sebenar berlaku rusuhan perkauman ini adalah sebenarnya terletak pada jurang ekonomi yang luas di antara orang-orang Cina dan Melayu. Orang-orang Melayu tidak mendapat hasil pendapatan yang memuaskan walupun mereka bertapak di bumi sendiri. Semua perniagaan-perniagaan besar dipelopori oleh samaada pemilikan Eropah atau Cina. Pemilikan orang-orang Melayu dalam sektor perniagaan adalah tidak lebih daripada 2%.

Selain daripada itu, kemarahan orang-orang Melayu juga berpunca daripada slogan Malaysian Malaysia yang telah dipelopori oleh parti PAP dari Singapura pada tahun 1964. Slogan ini menggambarkan bahwa Tanah Melayu adalah dibawah penguasaan politik orang-orang Melayu sahaja. Orang-orang Cina mengawal lebih 30% , sektor perniagaan di ketika itu maka mereka merasakan mereka berhak menyuarakan hak kependudukan yang lebih. DAP , parti pembangkang yang merupakaan jelmaan PAP dari Singapura selepas 1964 telah diminta keluar daripada Persekutuan Malaysia, telah menyambut slogan Malaysian Malaysia yang mempersoalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa  Kebangsaan dan juga mepersoalkan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Berlatarbelakangkan keadaan hitam ini maka pada 1973 Barisan Nasional telah ditubuhkan oleh Barisan Nasional. Tujuan murni penubuhan Barisan Nasional adalah bagi menyatukan kesemua pihak-pihak yang menyokong serta pihak-pihak yang menentang kerajaan. Hasil daripada musyawarah yang bernas diterajui oleh Tun Abdul Razak, maka parti-parti yang dahulunya pembangkan telah menyertai Barisan Nasional. Gerakan di Pulau-Pinang, SUPP di Sarawak, PPP di Perak malah PAS telah menyertai Barisan Nasional. Cuma DAP sahaja yang tetap dengan perjuangan mereka, tidak menyertai Barisan Nasional.

Sejarah Barisan Nasional sebenarnya merupakan sejarah usaha menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dipelopori oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Parti Perikatan perlu di “re-branding” bagi melupakan pihak-pihak yang bertelagah tentang masa silam yang hitam. Latihan memperbaharui Part Perikatan adalah sebenarnya pencarian satu formula baru bagi menyatukan semua kaum-kaum di bawah satu naungan kerjasama yang baharu. Resipi kejayaan Barisan Nasional adalah berdasarkan formula perkongsian pintar antara kaum.

Perkongsian adalah perkara asas yang membawa kepada kejayaan Barisan Nasional selama ini. Jika tiap-tiap kaum di dalam pakatan Barisan Nasional bersedia untuk berkongsi serta mengurangkan permintaan yang melampui batas, maka pakatan ini akan senantiasa dapat menjamin kestabilan perhubungan kaum di negara ini. Hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera adalah sebenarnya merupakan satu makenisma untuk memastikan dari segi ekonomi , orang-orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan begitu jauh. Senarai orang-orang paling kaya di Malaysia masih menunjukkan bahwa orang-orang Cina masih lagi menjadi majority di dalam senarai tersebut dan cuma ada beberapa orang-orang Melayu dan India di dalam senarai tersebut. Walau apa pun yang diperkatakan, hakikat orang-orang Cina mengungguli ekonomi Malaysia menunjukkan bahwa orang-orang Melayu bersedia untuk berkongsi kemakmuran dan membenarkan orang-orang Cina menikmati hasil kerja keras mereka. Barisan Nasional, memupuk semangat perpaduan kaum dan dengan musyawarah antara kaum, telah membolehkan semua pihak berasa puas hati dengan habuan yang diterima masing-masing. Barisan Nasional mempunyai konsep perkongsian yang sangat mudah tetapi pengorbanan yang dilakukan oleh setiap kaum di dalam pakatan tersebut telah membolehkan pakatan ini berjaya memenangi hampir setiap kali pilihanraya diadakan. Disebabkan sikap saling hormat menghormati, walaupun calon negeri atau parlimen yang diletakkan adalah calon dari kaum India atau Cina, di kawasan majority Melayu, disebabkan semangat kesatuan Barisan Nasional,calon tersebut disokong oleh kesemua penyokong Barisan Nasional. Barisan Nasional mempunyai sejarah serta formula yang telah membawa keamanan  dan kebaikan kepada Malaysia setelah sekian lama. Malaysia bukanlah seperti negara-negara lain yang boleh bereksperimen dengan menukar-nukar kerajaan. Malaysia unik kerana mempunyai masyarakat berbilang bangsa yang tinggal di sebuah negara. Umumnya, bagi negara-negara lain, kaum majority senantiasa dipinggirkan. Kadang-kadang mereka tidak diberikan hak-hak asas seperti bersekolah, menggunakan bahasa mereka malah ada yang ditindas dengan begitu kejam. Orang-orang kulit hitam telah didiskriminasi selama lebih 400 tahun di Amerika Syarikat dan sejarah penindasan tersebut tidak dapat dilupakan. Di Malaysia tidak pernah ada ketika di mana ada mana-mana kaum yang menindas kaum yang lain. Memang ada perbalahan dan jenayah di lakukan antara kaum tetapi tidak pernah ada satu kebencian terhadap mana-mana kaum yang menyebabkan kaum tersebut ditindas di Malaysia.

Pakatan Rakyat, telah menulis sebuah Buku Jingga yang mana di dalam buku tersebut telah di gariskan perancangan bagaimana Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia jika mereka berkuasa. Malangnya Pakatan Rakyat tidak memahami konsep perkongsian sesame kaum malah mereka telah menuduh kerajaan Barisan Nasional telah menyebeabkan masaalah perkauman antara kaum di Malaysia. Ini semua adalah penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat demi meraih sokongan daripada rakyat Malaysia. Barisan Nasional berusaha dengan keras menstabilkan perhubungan kaum di Malaysia. Selepas tahun 1969, kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, malah telah mengadakan jamuan memakan durian bagi menyatupadukan rakyat dari kalangan semua bangsa.
Di Malaysia, memakan buah durian adalah satu aktiviti sosial di mana orang Melayu, Cina dan India akan meluangkan masa memakan durian tidak kira sama ada penjual itu berbangsa Melayu, Cina atau India. Setiap kaum mempunyai cara tertentu memilih serta memakan buah durian. Dengan mengadakan majlis-majlis memakan durian seluruh negara maka rakyat berbilang kaum dapat di satukan dengan menggalakan mereka mendekati antara satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti sosial.
Insiden-insiden setempat yang berlaku kadang-kadang tidaklah mencerminkan polisi pentadbiran Barisan Nasional. Ada kejadian-kejadian di mana ada orang India mati di tahanan polis, orang Cina mati di dalam tahanan dan ada juga budak Melayu yang ditembak polis. Ini semua adalah kecuaian dan kesilapan daripada penjawat awam tetapi tidak ada di dalam polisi kerajaan Barisan Nasional bagi menindas mana-mana kaum di Malaysia.

Daripada Buku Jingga – Pakatan Rakyat

Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum
Pemerintah sedia ada mengambil jalan tidak bertanggungjawab memecah belahkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum untuk terus kekal berkuasa. Taktik pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah ini semakin menjadi-jadi sejak tsunami kebangkitan rakyat 2008; menggambarkan tingkah laku penguasa yang akan menggadaikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum apabila semakin terdesak.
Rentetan peristiwa berbaur perkauman yang berlaku sejak Mac 2008 akibat permainan politik perkauman sempit UMNO/BN mengancam persaudaraan rakyat pelbagai kaum.
Kegilaan menggunakan isu-isu yang mengapi-apikan perasaan curiga antara kaum dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa semakin menjadi-jadi mutakhir ini kerana penguasa yang terdesak.
     
Apa yang dinyatakan diatas adalah tidak benar sama sekali malah ianya telah bercanggah dengan sejarah mengapa Barisan Nasional ditubuhkan. Jika benar kerajaan Barisan memilih polisi pecah dan perintah, sejak tahun 1969, tidak ada lagi rusuhan kaum yang serius berlaku di Malaysia.

Laporan Berita – The Star / Jumaat 11hb Mac 2011
1Malaysia sentiasa bersama kita

“ Seramai 30 guru-guru, dahulu dan sekarang hadir di SRK Subang Jaya di SS14 sekarang dikenali sebagai SK Subang Jaya, menjayakan majlis jamuan minum teh baru-baru ini. Kami menghabiskan masa selama 3 jam bersama, berbual-bual dan menikmati juadah yang dihidangkan kepada kami. Sebahagian daripada kami tidak bertemu antara satu sama lain untuk satu  jangka waktu yang lama. Banyak yang perlu kami luahkan antara satu sama lain.

Sebagai seorang bekas Guru Besar sekolah tersebut, saya telah dijemput sebagai tetamu. Bukan sahaja saya berasa terhormat malah bersyukur dapat bersama-sama mereka yang bekerja dengan saya pada tahuan 80an bagi menjadikan sekolah kami antara sekolah yang terbaik di Selangor.

Saya tidak bertemu dengan rakan sejawat saya selama lebih dari 15tahun tetapi sikap ramah dan sejahtera antara kami tidak berkurangan sedikitpun. Jabat tangan serta peluk-memeluk antara kami menunjukkan keakraban yang tidak pernah luntur. Kami bermesra antara satu sama lain dan bergembira dengan persahabatan kami ini.

Gelak tawa serta jenaka-jenaka kecil silih berganti antara kami bagaikan sebuah sungai yang tidak putus alirannya. Cikgu-cikgu yang pernah bekerja dengan saya tanpa mengira penat atau lelah, mengusik saya mengenangkan telatah-telatah saya semasa menjadi Guru Besar.

Mereka semua tidak pernah mengendahkan walaupun saya amat keras dalam urusan kerja ketika mereka bersama-sama saya dulu. Dalam semua kajadian yang berlaku petang tersebut, satu perkara penting yang jelas diantara kami. Kasih sayang dan persefahaman yang kami jalinkan di dalam perhubungan kami menjadi lambang persahabatan kami. Ianya adalah adalah kasih sayang dan persefahaman yang kami rasai diantara kami walaupun berlainan bangsa dan agama dan berlainan pegangan politik yang mungkin memisahkan kami. Namun semua itu tidak menjadi hal antara kami.

Kami merupakan satu pakatan manusia yang bersatu bukan sahaja benar diantara 30 orang yang hadir di majlis ini tetapi meliputi seluruh warga kerja SK Subang Jaya dan ribuan murid-murid yang masuk dan keluar dari sekolah tersebut. Malah bekas-bekas murid sekolah ini telah mengadakan Pertemuan Bekas-Bekas Murid SK Subang Jaya (alumni) dan saya ini akan memantapkan lagi usaha menjadikan 1Malaysia sebuah realiti.

Saya seorang warga emas tetapi tidaklah se-tua pemimpin-pemimpin lama kita tetapi saya sedar dan yakin bahwa 1Malaysia bersama-sama kami semenjak sekian lama.  Ini bukanlah perkara baru. Pepecahan kaum berlaku atas sebab-sebab yang diketahui oleh mereka yang menyebabkan perpecahan tersebut. Janganlah kita ditipu bahwasanya kita tidak bersatu oleh pihak-pihak tertentu. Kita sebenarnya satu and akan senantiasa bersatu walau apa pun yang terjadi sekalipun. Semoga Tuhan merahmati Malaysia dan rakyatnya “.

G.J.R
Klang.
 The Star – m/s N66 – Pandangan Umum / Jumaat / 11hb March 2011

Secebis laporan di atas menyangkal sama sekali dakwaan Pakatan Pembangkang tentang keadaan sebenar perhubungan perkauman di Malaysia. Adakalanya kita membuat persangkaan bahwa kita mengetahui hati budi masyarakat majmuk di Malaysia. Hakikat sebenarnya, rakyat Malaysia sebenarnya cintakan keamanan dan kesejahteraan melebihi hakikat kehidupan yang lain. Sikap hormat menghormati terserlah pada intipati perhubungan masyarakat hasil daripada usaha-usaha yang direncanakan oleh Barisan Nasional semenjak penubuhan pakatan tersebut. Hakikat sebenar adalah , parti-parti pembangkang adalah musuh rakyat yang utama. Mereka tidak pernah menyokong atau membenarkan segala usaha baik kerajaan Barisan Nasional yang telah berusaha lebih daripada 38tahun semenjak 1973 untuk manghasilkan perpaduan yang sejati. Generasi 60an, 70an, 80an dan awal 90an hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Tetapi malangnya semenjak tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat, maka fikiran golongan muda telah diracuni dengan dakyah-dakyah yang memburukkan keadaan sebenar berkenaan dengan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Semenjak tahun 2008, semua ceramah-ceramah PKR dan Pakatan Rakyat, berasaskan menyerang kekuatan perpaduan pakatan rakyat. Orang-orang Melayu dari Pakatan Rakyat , PKR dan PAS telah meminta orang-orang Cina dan India mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu sehinggakan apabila DAP menetang pelan negara Islam PAS, PAS menjadi dayus lantas tidak mempertikaikan pegangan DAP. Pakatan Rakyat menipu rakyat dengan berdrama bahwa mereka boleh bekerjasama tetapi pada hakikatnya DAP tidak bersetuju dengan ideologi Islam PAS. PAS pula telah menyebabkan Islam dihina dan dipertikaikan oleh DAP. Sebab itulah UMNO tidak menggunakan Islam dalam politik tetapi bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti Bumiputera  yang lain atas dasar persekepakatan kebangsaan yang tidak akan menyebabkan agama diheret masuk dalam kancah perdebatan politik. Apabila DAP mengecam pelan negara Islam PAS, maka MCA dan Gerakan kadang-kadang terikut-ikut dengan rentak DAP kerana sangkaan mereka , mereka mengecam Islam anutan PAS tetapi kadang-kadang kerana ghairah berpolitik mereka lupa bahwa rakan-rakan mereka dalam UMNO juga beragama Islam. Maka tidak menjadi suatu perkara yang menghairan kadang-kadang ahli-ahli UMNO merasa tidak puas hati dan mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan bagi membela Islam yang pada awalnya berpunca daripada salah faham PAS dan DAP, maka Islam menjadi bahan debat politik mereka. Semua ini tidak pernah wujud di dalam perhubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional sehinggalah PKR hadir dan mewujudkan Pakatan Rakyat. Jika kita kaji sejarah Barisan Nasiona maka jelaslah bahwa sejarah wujudnya Barisan Nasional adalah semata-mata menyatukan rakyat Malaysia di bawah sebuah pakatan yang saling bantu membantu serta bekerjasama dalam semua perkara yang akhirnya melonjakkan penumbuhan ekonomi negara ini kerana kestabilan politik yang wujud. Kestabilan politik sesebuah negara pentik kerana ini akan member keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk dating membuat pelaburan di Malaysia dan in akan menjamin pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kestabilan politik mesti dipertahankan kerana manfaatnya membawa kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.  Daripada kaca mata kabur kita dapat lihat bertapa rapuhnya perhubungan DAP, PAS dan PKR di dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berpentasan satu drama teater di hadapan rakyat Malaysia bahwa mereka bersatu dalam perjuangan tetapi pada hakikatnya, ideologi mereka berbeza antara satu sama lain. Formula Barisan Nasional adalah satu-satunya formula yang berkesan di Malaysia dan hasilnya dapat dilihat dengan mengimbas keadaan Malaysia pada tahun 1957 dan tahap Malaysia sekarang pada tahun 2011.








Siapa Itu Wakil Rakyat ?

Siapa itu “ Wakil Rakyat” ?

Mengikut definasi, wakil-wakil rakyat sama-ada untuk kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri di pilih oleh rakyat dalam satu latihan demokrasi menjelang pilihanraya umum yang diadakan 5 tahun sekali.

Bila kita memilih wakil rakyat, kita sebenarnya memilih seorang pemimpin yang dapat mewakili kita di dalam menyuarakan keperluan kita kepada kerajaan yang merupakan suara kita di dalam pentadbiran politik. Wakil rakyat perlu mempunyai kebolehan serta keterampilan yang boleh menjalankan tugasan pentabiran masaalah kita untuk diketengahkan kepada Dewan Negeri atau Parlimen. Kita memilih wakil rakyat bukan memilih parti politik. Tetapi wakil rakyat perlukan sokongan parti, yang dapat membantu wakil rakyat dari segi sokongan jentera sumber manusia serta “networking” yang membolehkan wakil rakyat berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan.

Antara ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada kepada wakil rakyat adalah ?

·         Wakil rakyat perlu memahami keperluan asas penduduk setempat.
·         Perlu faham kaedah analisa SWOT...dalam menilai kawasan DUN atau Parlimen masing-masing. SWOT Analysis mengambil pendekatan memahami setiapa S – Strgenth / Kekuatan / W – weakness / kelemahan / O- Oppurtunity  / Peluang dan T-Threat – Ancaman di kawasan masing-masing.
·         Wakil rakyat perlu menpunyai sistem maklum balas yang cekap di dalam menguruskan kawasan masing-masing.
·         Wakil rakyat haruslah mempunyai PR – Public Relations dengan seluruh penduduk yang berbilang bangsa dan harus ada EMPHATY iaitu sifat dapat menjiwai hasrat rakyat yang mereka wakili.
·         Wakil rakyat sepatutnya kurang berpidato tetapi harus cekap dalam urusan pentadbiran di dalam menyelesaikan semua masaalah rakyat dengan cara yang sistematik dan pragmatic.
·         Wakil rakyat perlu arif di dalam menstrukturkan suasana serta perlu jelas dengan segala perancangan yang bakal ditunaikan bagai membawa pembahruan kepada kawasan-kawasan yang mereka wakili.
·         Wakil rakyat bertindak sebagai peace maker di dalam menyatukan rakyat dan mengawasi keseluruhan kelakuan rakyat di kawasan yang diwakili dengan sering member maklumat-maklumat yang membantu rakyat memahami segala perancangan kerajaan untuk mereka.
·         Wakil rakyat harus menerangkan segala dasar-dasar serta polisi-polisi kerajaan kepada rakyat di kawasan yang diwakili bagi mengelakkan segala salah faham yang mungkin berlaku hasil daripada ketiadaan maklumat yang mencukupi atau maklumat tidak sampai kepada rakyat disebabkan jaluran perhubungan terputus antara rakyat dan pentadbiran kerajaan.
·         Wakil rakyat yang dipilih haruslah disokong oleh kerajaan yang memerintah bagi memudahkan wakil rakyat mendapatkan bantuan kerajaan memerintah untuk perkara-perkara yang melibatkan pembangunan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang diwakili.
·         Wakil rakyat perlu ada tanggapan social yang jelas di mana beliau amat memahami segala kehendak serta aspirasi rakyat di kawasan yang diwakilinya.
·         Wakil rakyat perlu mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi di mana kelulusan akademik yang bersesuaian perlu ada bagi tujuan memudahkan wakil rakyat menjalankan tugas memahami tanggung jawap sebagai seorang pemimpin, mengeluarkan idea-idea yang bernas di dalam menangani masaalah-masaalah rakyat serta berkebolehan mencetuskan satu revolusi pemikiran rakyat yang mampu mendidik rakyat memahami segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang diwakili.
·         Wakil rakyat perlu mempunyai emosional yang stabil serta tidak boleh mempunyai kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat. Perjuangan wakil rakyat adalah perjuangan rakyat bukan perjuangan peribadi atau perjuangan kekeluargaan.
·         Wakil rakyat perlu berwawasan. Wawasan tersebut perlu kepada tenaga untuk direalisasikan dan dari tenaga dating keupayaan untuk melaksanakan apa sahaja yang dijanjikan.
·         Wakil rakyat juga perlu memainkan peranan di dalam melaksanakan lima peranan utama seorang wakil rakyat iaitu :

1.       Peranan dalam aspek politik
2.       Peranan dalam aspek pembangunan
3.       Peranan dalam aspek sosio-ekonomi
4.       Peranan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi
5.       Peranan dalam aspek kemasyarakatan dan agama





Monday 21 March 2011

Debat Rakyat Perdana - Betul kah Hujah-Hujah Pembangkang tu ?







Latarbelakang –

Wang Tepus – Kuala Nerang, Kedah

Pak Man menuang kopi untuk Amran yang baru masuk kedai uantuk minum petang dengan membawa laptop. Amran anak saudara Pak man, balik untuk cuti semester di kampong.

Pak Man
Hai Amran.....hang ni nampak canggih dengan computer riba ni...
Nampak kemaih semacam

Amran
Ni zaman IT Pak Man
Kita tak boleh tertinggai
Nanti kita jadi macam katak bawah tempurung

Pak Man
Betui kata hang tu Amran
Tak sia-sia bapak hang hantak hang pi sekolah tinggi-tinggi




Amran
Ni Pak Man
Cek nak cerita sikit ni
Pak Man dengaklah ni....
Pilihan Raya Umum ke 13 nak dekat dah
Kali ni kita kena tukaq kerajaan zalim kita ni....

Pak Man
Hang ni biak betui Man
Pasai apa nak tukaq kerajaan kita ni pulak Amran ?

Amran
Tu lah Pak Man
Orang kampong tau apa
Dok kena tipu sahaja dengan wakil rakyat Barisan Nasional
Depa tu semua dok sapu duit...dok sapu projek untuk perut depa sahaja
Hahh dalam internet , habih keluak cerita
Macam-macam ada

Pak Man
Betui ka cerita-cerita dalam internet tu...
Sapa yang dok bercakap macam tu.....

Amran
Ni hah dalam You Tube ni...
Ada semua ...
Anwar Ibrahim hentam kerajaan
Nik Aziz hentam kerajaan
Lim Kit Siang hentam kerajaan

Pak Man
Amran
Hang tu budak lagi...Hang tau kah perjuangan
Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi ?
Pembangunan negara kita ni...bukan kah hasil daripada
Pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang cekap ?

Amran
Itu dah jadi tanggung jawab kerajaan ?

Pak Man
Betui lah tu
Isu dia sekarang...depa tak laksanakah tanggung jawap tu....
La ni Pak Man nak Tanya kay hang...
Apa beza politik dan pentadbiran ?

Amran
Sama sajalah PakMan.....

Pak Man
Tu lah hang tak faham ?
Amran
Pak Man
Tengok saja politik UMNO
Semua makan rasuah
Dari bawah sampai keatas...
Rasuah...rasuah..

Pak Man
Amran
Mana mai cakap macam ni
Kita tak boleh main tuduh-tuduh tu

Amran
Bukan tuduh
Tapi kenyataan
Tu yang MACC tangkap tu

Pak Man
Amran
Pak Man nak Tanya..
Hang ugama apa ?

Amran
Islam lah Pak Man
Awat dok Tanya macam tu..

Pak Man
Kalau hang jadi pencuri
Sapa salah
Islam kah atau hang ?

Amran
Saya lah yang salah....

Pak Man
Betui cakap hang
Bila hang salah...hang mencuri Islam
Tak salah sebab tak dak dalam ideology Islam
Suruh hang mencuri...

Amran
Ni rasa –rasa macam nak terkena dah

Pak Man
Tau tak pa
Ni check mate
Kalau ada orang UMNO buat tak betoi...
Yang salah orang tu...bukan UMNO
Atau Barisan Nasional
Amran...hang jadi lagu ni..
Pasai kepala hotak hang dah kena cuci dengan dakyah pembangkang
Hang dah hilang
Akal fikiran yang sihat sebab
Hang izinkan semua maklumat yang kotor
Masuk ke dalam minda hang
Malu kat hang, kena hentam dengan orang tua kolot macam aku ni

Amran
Betui jugak cakap Pak Man
Awat saya pi jadi bodoh pulak cam ni ?

Pak Man
Hang bukan bodoh
Tapi dah termakan cakap dengar
Sampai dah jadi macam Zombie Kampung Pisang
Asal sedap pidato Anwar, Nik Aziz....hang dengak...

Amran
Cek pun tak perasan Pak Man

Pak Man
Tu lah bahaya internet kalau hang main
Beriman saja dengan apa yang hang dengak
Kita jadi bengap
La ni Pak Man Tanya...
Apa beza politik dan pentadbiran ?

Amran
Tak taulah Pak Man

Pak Man
Cuba ada asas sikit bila berfikir tu
Orang Melayu..malas befikir...dia main telan saja...
Ada kolestrol dalam fikiran
Tu yang jadi jam....
Ok...
Berpolitik tu ...istilah kita..orang kampong
Dua pihak...lawan bertelagah
Cerita bab-bab parti ni tak betui
Sorang serang, sorang pertahan
Tu politik...asyik kupaih bab isu negeri sampai negara
Pemimpin pulak sibuk pidato sini , pidato sana
Asik cari silap orang saja...
Tak dak faedah punya kerja

Amran
Habis tu makna politik sebenar

Pak Man
Politik adalah dari perkataan Greek
Greek πολιτικός, yang membawa makna “berkenaan rakyat”.
La ni Pak Man Tanya kat hang......hang jawab ya atau tidak ?
Amran
OK Pak Man

Pak Man
Hang pi sekolah MARA..
Ada tak dak biasiswa

Amran
Ada

Pak Man
Kampung kita ada jalan tar atau tak dak

Amran
Ada

Pak Man
Ada lampu..karen....ayak bersih

Amran
Ada

Pak Man
Sekolah Kampung Kita
Cantik tak ?

Amran
Cantik....

Pak Man
Cikgu ada ka tak dak...

Amran
Ada...

Pak Man
Bila sakit ...mak hang bawak hang pi hospital
Bayak berapa

Amran
RM 1 saja PakMan

Pak Man
Pejabat POS ada tak

Amran
Ada

Pak Man
Hang rasa selamat tak duduk di Kampung ni

Amran
Selamat...Polis ada ..merata

Pak Man
Bila ada kebakaran..BOMBA ada tak ?

Amran
Ada.......

Pak Man
Hang yang tu lah yang kita kata
Pentadbiran Awam....
Sebelum merdeka...semua ni tak dak tau
Dari kerajaan Perikatan sampai Kerajaan Barisan Nasional
Dah berapa dasar / polisi dan perancangan yang kerajaan kita dah
Rancangkan...untuk capai semua ni ?

Amran
Tak tau lah Pak man

Pak Man
Hang punya Anwar Ibrahim / Nik Aziz / Tok Guru tak cerita kah semua ni...

Amran
Depa tak cerita
Depa kata...kerajaan kita ni rasuah

Pak Man
Yang salah tu manusia
Perjuangan Barisan Nasional bawak segala macam kebaikan kepada kita
Dalam Dasar Dalam Negara,
Kita bahagikan kepada tiga
Hang tau dak ?

Amran
Tak tau Pak Man ?

Pak Man
Dasar Dalam Negara..
Pertama – Dasar Ekonomi
Kedua – Wawasan 2020
Ketiga – Dasar Sosial dan Pentadbiran

Amran
Wow..cerdiknya orang tua ni..

Pak Man
Tu baru sikit.........
Apa dia pentadbiran awam pulak...?


Amran
Saya surrender Pak Man...

Pak Man
Pentadbiran Awam pulak
adalah..adalah jentera kerajaan
yang dilatih
dan disediakan
bagi melaksanakan
segala pelan
 tindakan dasar-dasar kerajaan
Kerajaan dah laksanakan semenjak tahun 1957
Dari Rancangan Malaya Pertama
Sampai Rancangan Malaysia Ke 11....
Cuba tengok Kampung kita...
Ini adalah hasil daripada
Usaha kerajaan BN dari tahun 1957 sampai sekarang
Negara kita negara miskin
Hasil daripada pentadbiran yang cekap...
Kita dah jadi sebuah negara yang kaya-raya...

Amran
Tapi..Anwar Ibrahim cakap lain

Pak Man
Ya lah Amran
Cuba kaji tengok si Anwar
Apa yang dia capai selama
16tahun dalam kerajaan
Anwar Ibrahim....harus bersyukur
Tun Mahathir terima
 dia masuk UMNO dan BN
Dari situlah dia naik..
.sampai jadi Timbalan Perdana Menteri...
Segala perancangan kerajaan
, bukan atas idea Anwar Ibrahim seorang..
Semua urusan kerajaan adalah
 hasil perbincangan dan
pentadbiran sejak tahun 1957 lagi

Amran
Betuk jugak Pak Man
Kenapa saya tak nampak semua ni...

Pak Man
Pemikiran kita
Boleh diculik kalau kita tak jaga
Anwar Ibrahim tu.....sebenarnya terperangkap
Dengan takdir Allah ke atasnya
Kalau dia redha....
Undurkan diri...mungkin rakyat akan percayakan dia
Kita tengok Kisah Nabi Alllah Yusuf a.s
Dia dituduh...dipenjara..
Namun dia redha
Allah Ta’aLa akhirnya jadikan dia penasihat Raja
Ini terbalik...dia sepatutnya jadi Perdana Menteri
Kerana sikap terburu-buru dan tak sabar
Maka ketentuan Allah jatuh ke atas dirinya
Allah buka segala aib di depan manusia...
Tu ketentuan Allah....
Jangan kita lalai....
Kemudian...dia pesongkan rakyat dengan ajakan Reformasi...
Setelah dibuang baru Reformasi....
Kenapa tak Reformasi semasa dalam kerajaan...
Letak jawatan.....barulah orang percaya...
Seorang Pemimpin bertaraf Ulamak..berkawan dengan
Datuk NallaKarupan....towkay judi...
Boleh tak jadi perkara macam ni pada Ulamak....
Ulamak kena cari orang-orang beriman sebagai kawan dan teman...
Perjuangan Anwar hanyalah
Untuk diri sendiri Amran
Janganlah kita tertipu dan terpedaya
.....Salah satu nama Syaitan adalah Al-Maghrur..
Dia guna secebis kebenaran untuk tipu manusia...

Amran
Saya peninglah Pak Man

Pak Man
Peninglah sebab dah kena hentak dengan kebenaran
Kisah Nabi Musa a.s dalam Surah Al-Khafi ...Al-Quran Surah ke 18..
Kita jadikan pengajaran

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila
mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia
membunuhnya. Nabi Musa berkata
"Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih,
yang tidak berdosa membunuh orang?
Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"

Pak Man
Perbuatan Nabi Khidir a.s seolah-olah nampak seperti kejam...
Tetapi pengetahuan daripada Allah Ta’Ala...membenarkan beliau
bertindak demikian....apa alas an beliau...


: Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya
adalah orang-orang yang beriman,
maka kami bimbang bahawa ia akan
mendesak mereka melakukan
 perbuatan yang zalim dan kufur.

: Oleh itu, kami ingin dan berharap,
supaya Tuhan mereka gantikan bagi
mereka anak yang lebih baik
daripadanya tentang kebersihan jiwa,
dan lebih mesra kasih sayangnya.

Pak Man
Itulah yang Tun Mahathir lakukan terhadap Anwar
Takdir Allah..Ummi Hafilda menulis surat kepada
Tun Mahathir walaupun dibuang kali yang pertama
Tapi...kali kedua lepaih Musa Hassan buat siasatan...
Barulah jumpa hal yang sebenar...
Ini takdir Allah...nampak macam kejam tindakan Tun Mahathir tu
Tapi Allah sayangkan rakyat Malaysia...
Tuhan gantikan Anwar supaya negara kita tidak
Menjadi jajahan negara barat...
Amran...cuba hang tengok dalam internet cerita dari WikiLeak...
Depa pun ada maklumat..perbuatan Anwar yang terlampau
Pak Man nak sebut pun malulah...
Kalau tak dak angin...tak kan pokok bergoyang...?
Hang pikiaq lah sendiri Amran oooi....

Amran
Tak leh nak pikiaq lah Pak Man
Check Mate Pak Man...

Pak Man
Tau tak pa....dah minum kopi..sejuk..

Amran
Pahitlah kopi ni...

Pak Man
Yang tu hang boleh pikiaq....


Amran
Ni Pak Man..
Cek nak tanya
Anwar Ibrahim kata...
Syeikh Yusuf Qardhawi kata
Kalau fitnah orang, hukumnya Munafik....

Pak Man
Betul-lah tu.....memang kita tak boleh fitnah...
Tapi dalam kes Anwar Ibrahim.....
Yang tampil ke depan adalah...
orang-orang yang dekat
Dengan Anwar Ibrahim ...tampil ke depan..
Mereka ini mangsa-mangsa Anwar Ibrahim
yang tampil ke depan untuk mendapatkan keadilan
Kalau mangsa buat pengakuan, tu bukan fitnah....
Lagipun....Anwar Ibrahim
yang dok ajak rakyat
Fitnah kerajaan kita rasuah dengan
fakta tanpa bukti sahih..
Apa saja laporan berbukti, MACC ambik tindakan
La ni..penyokong
Anwar yang hentam dia...
Sapa dia Nallakarupan..kawan 30tahun..
Sapa dia Ezam..
Orang kanan...orang gadai nyawa untuk dia..
Mangsa-mangsa Anwar..
Sukma...adik angkat
Azizan...driver
Ummi Hafilda – adik Azmin orang kuat Anwar
Saiful Bukhari – Pembantu Peribadi dia...
Yang paling heran...Chandra Muzaffar sendiri tinggai dia...
Awat..takkan punya ramai saja nak buat naya kot...
Allah Maha Kaya...Amran
Dia aibkan sapa yang dia kehendaki
Ini semua kerana...Anwar bertopengkan Islam
Dia guna Islam utk tipu rakyat...
Allah tak izinkan.....
Kalau kita tengok Dr Mahathir
Sepanjang kepimpinan Dr Mahathir
Tak pernah ada satu pun tuduhan
Salah laku seks ka....apa pun tak dak
Sebab tak buat...maka tak dak lah...
Macam mana hujah Pak Man..
Ada umpphhhhh






Amran
Ada Pak Man
Tak sangka orang kampong cerdik noh

Pak Man
Orang pecan dan parti pembangkang saja yang ingat
Semua orang kampong bodoh..
Tu yang depa ligat ceramah di kampong-kampung..
Orang kampong senang kena pengaruh
Macam hang-lah...
Dok percaya buta perut...

Amran
Malu lah Pak Man...

Pak Man
Amran
Mai kita buat sikit perbandingan
Akhlak...perjuangan Islam yang sebenarnya
Dengan Akhlak...perjuangan Anwar Ibrahim
yang konon-nya perjuangan Islam

Amran
Haa...cerita mai
Ni mesti sedap punya

Pak Man
Hai kenai
Khalid Al-Waleed r.a

Amran
Awat tak kenai..
Itu idola saya...
Anak Waleed Ibnu Mughirah
General Tentera Islam yang terulung

Pak Man
Hang tau kan
Macam mana hebat perjuangan
Khalid Al-Waleed r.a
Di akhir perjuangan ketika terlantar di atas
katil terbaring.......ada sahabat dating
mengunjungi Khalid Al-Waleed r.a
maka bertanya Khalid kepada sahabatnya
Adakah terdapat luka ditubuhnya
Yang jauhnya antara satu sama
Sejauh dua jari ?
Maka sahabat tersebut berkata , tidak...!
Begitulah hebat...perjuangan Khalid Al-Waleed r.a
Ni bukan macam Anwar...
Lebam mata ..baru sebelah
Dah heboh satu dunia.....
Khalid Waleed r.a bangga dengan luka-luka
Di badanya...sikit pun tak bersungut..
Malah beliau kesal taj gugur di medan perang...
Ini Anwar....drama
Lebam mata sebelah...kena pukul sikit...
Heboh tentang kezaliman....kena pukul
Tuduh orang macam-macam
Tak dak redha dan pasrah ujian Allah
Semua nak dapatkan
Orang putih kata “political mileage”
Anwar ni memang
Haiwan Politik...
Dia plan semua tindak tanduk dia
Semata-mata untuk menipu rakyat...
Mahkamah yang dia kata tak telus..
Adalah mahkamah yang sama bebaskan dia
Dan kita bandingkan dia dengan Khalid Al-Waleed r.a
Kenapa Saidina Umar Al-Khattab r.a
Lucutkan jawatan Khalid Al-Walid r.a ?

Amran
Bab tu saya tak tau Pak Man...

Pak Man
Saidina Umar Al-Khattab r.a
Memecat jawatan Saidina Khalid Al Walid r.a
Tatkala Khalid gemilang di medan perang
Namanya mashur – Pedang Allah...
Baik di pihak musuh atau di pihak Islam
Namun Saidina Umar r.a tak mau
Orang Islam bersandar dengan kehebatan
Khalid Al-Walid r.a
Saidina Umar r.a
Menghantar Saidina Bilal Ibnu Rabah
Bagi menerangkan kedudukan sebenar...
Tiba..Saidina Bilal r.a di Syria..
Beliau memanggil semua tentera berkumpul..
Mujahideen..berkumpul..dan Khalid dipanggil di depan
Tentera-tenteranya...
Dan Bilal r.a bertanya soalan..
Dari Saidina Umar Al-Khattab..
Disuruh Khalid Al Walid bukan ikatan serban...
Ini suatu penghinaan besar..
Maka dibuka serban..
Maka menangis tentera Islam..
Maka ditanya..Wahai Khalid
Adakah benar kamu member 10’000 dirham
Kepada orang yang memuji kamu...
Khalid menjawab..Ya
Dari mana datangnya...wang tersebut..
Dari Baitul mal atau wang kamu sendiri...
Maka Khalid menjawab..
Dari wang aku sendiri,,aku berikan..
Bilal r.a menjawab
Maka oleh itu..kamu bersalah
Kerana berlebih-lebihan dalam kehidupan
Dengan ini ..kamu diminta mengadap
Saidina Umar r.a
Khalid pasrah dan pulang ke Madinah bertemu
Saidina Umar r.a..
Sampai di Madinah
Saidina Umar r.a memberitahu
Khalid Al Walid r.a Pedang Allah..Saifullah
Beliau akur dengan pesanan Saidina Umar Al-Khattab
Ini contoh sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w
Khalid Al-Walid r.a tidak
Melaungkan slogan
Reformasi, Reformasi, Reformasi
Anwar yang lantang
dengan kupasan ilmu Islamnya..
Kenapa tidak mengikut, akur
dengan contoh seperti Khalid Al-Walid r.a
Tujuan betoi Saidina Umar r.a
Melucutkan jawatan Khalid Al-Walid r.a
Adalah kerana beliau telah menjadi
Terlampau mashur....dan terpuji..
Takut-takut keyakinan tentera-tentera Islam
Bergantung bukan pada Allah
Tetapi pada Khalid Al-Walid...
Ini perjuangan Islam..
Bukan perjuangan yang pentingkan diri
Bebaskan Anwar dan reformasi...

Amran...
Hebat..Pak Man
Tak sangka...kemaih hujah tu Pak Man
Saya teruja dan kagum dengan Pak Man
Kupas habis bab politik ni...

Pak Man
Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah berkata
“ Jika jawatan Khalifah ini sesuatu yang baik...
Cukuplah aku seorang wakil..untuk keluargaku..jika ia mengundang
Kemurkaan Allah, biarlah aku seorang sahaja
Yang dimurkai, bukan keluargaku...
Ini kita tengok Anwar...dia heret
Habih bini dia..anak dia..
Semua masuk politik...



Amran
Kena lagi Pak Man...
Teruk saya hari ni...
Rasa menyesal lah pulak buka bab politik...


Pak Man
Sudah...cukup...
Pak Man ada kerja ni...
Asik berpolitik...kerja tak jalan
Ni pun pasai hang tanya...